Sunday, October 18, 2020

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER RIBA

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer peribadi untuk penggunaan secara bimbit. Komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) adalah integrasi komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan kekunci,peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi.

 Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan monokrome CRT dan selepas itu dibangunkan menjadi komputer riba yang moden. Sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar dan kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah baik, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.


Komputer riba perlu penjagaan rapi supaya ia bertahan lama dna boleh digunakan dalam tempoh masa yang agak lama. Berikut adalah tips penjagaan komputer riba:


1. BERSIHKAN HABUK

Jika anda tidak pernah servis komputer anda, habuk yang terkumpul akan memperlahankan kelajuan kipas cooler processor berpusing. Seterusnya, processor tersebut akan mengeluarkan haba yang lebih biasa. Ia mengakibatkan komponen seperti processor akan menjadi terlalu panas (overheat). 


2. GANTI THERMAL PASTE

Bagi yang tidak tahu, thermal paste merupakan cecair yang diletakkan di atas processor bagi menyejukkan processor komputer anda. Dengan kecanggihan teknologi, kini sudah ada jenis terbaru thermal paste yang berbentuk seperti getah. Thermal paste sebaiknya ditukarkan setahun sekali kerana apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan mengakibatkan suhu processor meningkat. Jika tiada bajet, 2 tahun sekali pun sudah memadai bagi tujuan penjagaan suhu processor.


AIR FLOW MANGEMENT (SISTEM SALIRAN UDARA)

Aliran udara (air flow) amat penting bagi mengekalkan suhu rumah anda supaya sentiasa berada dalam keadaan dingin. Jika tidak, anda pasti akan berasa panas setiap kali cuaca panas terik. Perkara sama juga yang berlaku semasa suhu komputer anda panas, ia pasti akan mempengaruhi kesemua komponen di dalamnya terutamanya motherboard. Ini juga sebab mengapa setiap kali komputer anda panas, anda akan rasa sedikit lag pada komputer tersebut.


SUSUN FAIL

Ramai di antara kita yang mengambil remeh soal penyusunan fail. Jangan terkejut, jika ada yang ruangan desktop mereka dipenuhi dengan fail sehingga tiada ruang kosong langsung. Bukan tidak boleh, cuma berpada-padalah dengan meletakkan fail yang penting sahaja. Fail-fail selain dari itu bolehlah diletakkan di 'My Documents' atau di partition lain seperti D,E,F dan sebagainya. Jika tidak, komputer anda akan menjadi berat untuk load kesemua fail tersebut semasa proses booting windows. Pun begitu, ini cuma saranan sahaja supaya tidak mengganggu windows partition. Selebihnya, terpulang kepada anda sendiri.

No comments:

Post a Comment