Sunday, October 18, 2020

HILANGKAN KARANG GIGI DENGAN BUAH JAMBU BATU


Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

 Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan berat badan[perlu rujukan, mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merahmeningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda dan melawan kanser

Menurut kajian bahawa jambu batu sangat bermanfaat untuk membantu meruntuhkan karang gigi yang melekat. Menurut laporan yang telah dimuat di *Journal of Applied Microbiology* mengatakan hasil dalam sebuah kajian yang dilakukan di India bahawa dengan memakan jambu batu dapat dijadikan sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi penyakit yang berhubungan dengan gusi. Selain itu, kandungan zat yang terdapat pada jambu batu sangat bagus untuk membasmi kuman dan bakteria yang berkembang di dalam mulut dan menjadi penyebab pembentukan plak di gigi.

Cara menghilangkan karang gigi dengan jambu batu cukup mudah, anda boleh terus mengunyah jambu batu yang telah dipotong² dan diberi sedikit garam dan pastikan anda mengunyahnya pada bahagian gigi yang terdapat karang gigi. Untuk mendapatkan hasil dengan cepat, maka lakukan cara ini 1-2 kali sehari sampai karang gigi hilang.

No comments:

Post a Comment