Sunday, October 18, 2020

PETUA CUCI BUAH PINGGANG SECARA TRADISIONAL

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti natrium, kalium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukosa dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolisme glukosa, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah, eritrosit, dihasilkan).

Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang


Berikut amalan tradisional untuk rawatan buah pinggang.Semoga bermanfaat untuk semua,

CARANYA

1. Sediakan satu ikat daun sup

2. Bersihkan

3. Potong halus

4. Masuk dalam periuk

5. Masuk air

6. Didihkan sepuluh minit

7. Sejukkan

8. Tapis

9. Masuk dalam botol

10. Simpan dalam peti ais

11. Minum segelas sehari pagi

Segala garam dan racun dalam badan akan keluar melalui air kencing. Darah akan bersih. Buah pinggang akan terjaga. Badan akan sihat. Bagus juga untuk yang mengalami kencing kotor

No comments:

Post a Comment