Penyaman udara (ڤڽامن اودارا) atau juga dikenali sebagai pendingin hawa (sering tersilap tulis sebagai penghawa dingin) dan alat hawa dingin, ialah suatu sistem atau mesin yang mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih hangat akan disingkirkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk lembap.Dalam pembinaan, suatu sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara dirujuk sebagai HVAC. Sama ada di rumah, pejabat atau kenderaan, tujuan penyaman udara adalah untuk memberi keselesaan dengan mengubah ciri udara biasanya melalui penyejukan udara di dalam.
Cara mengurangkan penggunaan tenaga elektrik walaupun menggunakan panghawa dingin di rumah?
- Kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C.
- Di dalam mod *Kering/Dry* ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor air cond tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.
- Penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C.
- Jadi, pada waktu malam, disyarankan supaya anda menetapkan sahaja air cond anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
- Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam.
- Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.
No comments:
Post a Comment