Sunday, October 18, 2020

PETUA MENGURANGKAN RASA KEBAS

Stenosis spina bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang dan saraf tunjang. Apa saja punca penyempitan salur spina adalah spinal stenosis seperti kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk. Rasa kebas kaki boleh dialami sesiapa saja apabila duduk bersila atau bersimpuh di atas lantai dalam tempoh yang lama. Keadaan ini membuatkan individu berkaitan mengubah posisi duduk dengan lebih kerap bagi mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan. Ada yang terpaksa berpaut pada dinding atau kerusi untuk berdiri setiap kali rasa kebas menyerang kaki mereka. Namun, rasa kebas ini akan hilang dalam tempoh singkat apabila seseorang itu berdiri dan kemudian berjalan tanpa sebarang gangguan.

Sistem saraf manusia amat penting kerana ia memberikan rasa seperti sakit, suhu dan sentuhan. Sekiranya fungsi saraf ini terganggu atau rosak, ia boleh menyebabkan gejala kaki berdenyut-denyut, rasa terbakar, mencucuk dan paling teruk ialah tiada rasa. “Jangan membiarkan rasa kebas berlarutan kerana ia akan menyebabkan kaki menjadi lebih sakit dan mendatangkan kemudaratan. Antara kesan yang ketara ialah kaki menjadi lemah dan seterusnya menyukarkan usaha untuk bangun dari tempat duduk


Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk mengurangkan rasa kebas yang dihadapi.Semoga bermanfaat

BAHAN BAHAN

  • 1 Genggam Halba
  • 2 Batang Serai
  • 1 Sudu Asam Jawa
  • 4cm Halia


CARA PENYEDIAAN

  • Rebus kesemua  bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.
  • Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.
  • Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.
  • Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.
  • Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.
  • Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.
  • Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment