Monday, October 19, 2020

PETUA MENGURANGKAN BENGKAK SUSU

Payudara (Bahasa Latin: Mamma) atau buah dada ialah bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Payu dara bagi seorang wanita mula berkembang selepas baligh.

Bengkak susu kerap terjadi pada ibu ibu yang baru bersalin. Pertambahan kuantiti air susu dalam payudara diperlukan untuk menyusukan bayi yang baru lahir.walaubagaimanapun ada ibu ibu yang mana payudaranya  menghasilkan susu yang banyak dan menyebabkan bengkak susu. Berikut merupakan petua yang baik diamalkan oleh ibu ibu tersebut :


  1. Halakan pancuran shower / air paip pada payudara setiap kali mandi dan tepuk2 manja (kecuali nipple x yah tepuk) selama 15 - 20 minit. Jika ada water heater lagi bagus.
  2. Panaskan minyak zaitun atau minyak habbatussauda lalu urutkan pada payudara dan belakang belikat setelah minyak sedikit suam.
  3. Layurkan daun sireh sehingga kecut lalu tuam pada payudara. Lakukan sehingga bengkak susu hilang.
  4. Tuam PANAS tuam SEJUK secara berselang seli
  5. Tuam Panas : Gunakan tuala yg telah direndam dgn air panas dan tuam pada payudara berulang-ulang kali. Juga blh gunakan petua/rawatan no 3
  6. Tuam Sejuk : Sejukkan daun kobis dlm peti ais atau gunakan ketulan ais dan tuam pd payudara
  7. Sapukan kapur sireh pada bahagian yg bengkak susu tu. Pakai mcm bedak sejuk. biarkan 10 minit dan basuh dgn air suam.
  8. Mengurut payudara menggunakan sikat berus dgn menghala ke nipple. Urut2 manja OK. Digalakkan selalu menyikat sebelum dan sesudah menyusu dan selepas mandi air suam
  9. Minum kopi panas sehari sekali setiap pagi
  10. Jangan pakai baju ketat atau bra terlalu ketat
  11. Panaskan batu sungai yg kecil untuk bertungku payudara

Anda boleh amalkan rawatan diatas mengikut keselesaan anda. Kerap2 lah menyusu anak anda. Sambil menyusu anda boleh bertungku dan menyikat payudara anda secara perlahan-lahan.

 

 



No comments:

Post a Comment