Halitosis, juga dirujuk sebagai
"penyakit nafas berbau", merupakan suatu keadaan di mana terdapatya
bau yang tidak menyenangkan dari nafas seseorang. Ia lazimnya terjadi akibat
aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.
Halitosis dianggarkan menjadi sebab ketiga terkerap orang mendapatkan bantuan
pergigian, mengikuti karies gigi dan penyakit periodontium.
Halitosis biasanya berlaku kepada
pesakit ataupun orang sihat pada saat bangun dari tidur pada waktu pagi. Ia
terjadi disebabkan tindak balas bakteria yang berada di sekitar mulut terhadap
bahan/sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, yakni di sekitar celah-celah
gigi, kerongkong, lelangit, sekitar lidah dan gusi. Pakar pergigian
berpandangan bahawa bakteria biasanya akan lebih aktif dalam mulut manusia
ketika manusia itu sedang tidur, ini kerana pada waktu itu, nutrien di dalam
mulut adalah banyak, selain pH air liur yang lebih berasid dan kurang aktiviti
mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran dalam mulut manusia baik untuk
aktiviti kemandirian bakteria yang lebih aktif.
Halitosis merupakan suatu penyakit yang mudah untuk dicegah dari terjadi dan mudah untuk dirawat, namun ia juga mudah berlaku jika kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga rapi pada setiap masa. Terdapat juga kes yang lebih serius melibatkan halitosis kronik misalnya gangguan pada sistem penghadaman, kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, masalah pernafasan dan sinusitis (jangkitan pada rongga tulang wajah), di mana setiap penyakit tersebut memerlukan rawatan yang lebih teliti. Mencegah dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan gejala penyakit nafas berbau terjadi seperti diatas.
PENYEBAB UTAMA NAFAS BERBAU
- Kelemahan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan oral. Termasuklah ketidakkebersanan dalam memberus gigi, membiarkan celah-celah gigi dipenuhi dengan sisa makanan dan plak kotoran.
- Nafas pada waktu pagi berbau kerana terdapat kesan air liur basi yang tidak dibersihkan dengan baik.
- Makan larut malam dan tidak membersihkan mulut sesudah makan.
- Kotoran atau sisa makanan pada lendir mulut seperti kahak, air liur dan hingus yang tidak dibersihkan.
- Penyakit gusi seperti kebengkakan gusi dan gusi berdarah.
- Enggan meminum air suam dengan secukupnya.
- Berpuasa secara berlebih lebihan
- Kurang penggerakan mulut seperti bercakap dan banyak diam dan tidur.
- Besi penyusun gigi kotor dan tidak dibersihkan degan baik.
- Kerongkong dipenuhi dengan sisa makanan dan kahak terendap pada dinding kerongkong.
- Penyakit paru-paru.
- Gemar menghisap rokok dan meminum minuman manis, berkafein atau beralkohol. Memakan makanan tenusu dan berlemak tanpa mencuci mulut selapas itu. Gemar memakan makanan berbau seperti herba, ulam-ulaman, petai, durian dan bawang.
- Sinusitis.
- Mengambil ubatan yang mengeluarkan bau tidak meyenangkan seperti Anti-histamine, Diuretic dan Tranquillesers.
PETUA TRADISIONAL HILANGKAN BAU
NAFAS DAN MULUT YANG RAMAI TIDAK TAHU
1. SIRIH
Sirih adalah antiseptic yang baik
bagi mengatasi bau mulut, maka antum gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak
enak di mulut.
Caranya :~
- Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
- Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.
2. SERAI WANGI DAN KULIT LIMAU
KASTURI
- Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Antum tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
3. DAUN JAMBU BATU
- Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Antum tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air.
- Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
4. CENGKIH
- Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit.
- Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
5. MENGHISAP KULIT KAYU MANIS
- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
- Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
6. BUNGA LAWANG
- Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
- Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
- Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
7. ASAM JAWA DAN GULA MERAH
- Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas.
- Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.
8. GORENGAN HAMPAS KELAPA
- Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak.
- Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
- Di samping itu, antum amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.
9. MEMINUM TEH HIJAU DAN DAUN
PUDINA
- Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.
10. PENCEGAHAN DAN RAWATAN LAIN
- Sentiasa meminum air masak yang mencukupi, sekurang-kurangnya 8 (lapan) gelas sehari.
- Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan bau.
- Sentiasa memberus gigi dengan ubat gigi anti-bakteria sebelum dan selepas tidur dan makan.
- Sentiasa berkumur dengan air bersih setiap kali selepas bercakap banyak dan makan dan minum.
- Elakkan merokok dan memium arak.
- Kawal dan belajar cara bernafas degan betul. Seperti menarik nafas dengan menggunakan hidung dan hembus nafas dengan mulut, Nafas dengan perlahan, berterusan dan selamat, beljar mearik dan menahan nafas dengan selamat dan berkesan. Amalkan selalu.
- Rujuk doktor gigi dan pakar pernafasan selalu.
- Jika perlu, kunyahlah chewing gum yang berasa pudina untuk nafas yang lebih segar.
No comments:
Post a Comment