Kehamilan adalah keadaan
membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia betina, termasuk
manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku kehamilan
serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih
dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji
diantara kesemua kehamilan mamalia.
Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio (minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1 untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.
Ini Sebenarnya Maksud Garis Hitam Pada Perut Ibu Mengandung
Garisan hitam atau berwarna gelap yang menegak dari kawasan bawah pusat hingga ke bahagian kemaluan ini amat sinonim dengan wanita hamil. Ia biasanya muncul pada usia kehamilan 23 minggu atau trimester kedua. Sebenarnya garisan ini memang ada pada setiap orang dan dikenali sebagai linea alba. Apabila linea alba ini menjadi semakin jelas dan berubah menjadi warna gelap, ia dikenali sebagai linea nigra._
5 PERKARA TENTANG GARIS HITAM DI PERUT IBU MENGANDUNG
1. BUKAN PENENTU JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN
Orang lama rajin mengaitkan garis hitam di perut ibu hamil ini sebagai cara menentukan jantina bayi dalam kandungan. Menurut telahan mereka, kalau garisan ini berhenti sampai pusat maksudnya anak dalam kandungan adalah anak perempuan. Sebaliknya apabila garis hitam tersebut sampai ke atas perut (hingga ke abdomen) maksudnya anak dalam kandungan itu lelaki. Ada juga bidan-bidan kampung yang kata perempuan yang ada garisan yang ketara maksudnya dia akan mudah bersalin nanti.Walaupun kadangkala ianya tepat, namun sehingga kini tiada fakta saintifik yang dapat mengesahkan kenyataan tersebut.
2. GARIS HITAM TERJADI AKIBAT PERUBAHAN HORMON
Hampir semua ibu
yang mengandungkan anak pertama akan mengalami perubahan pada kulit. Hormon
yang aktif semasa mengandung bukan sahaja berperanan menyokong perkembangan
bayi serta penghasilan susu badan, ia juga menyebabkan perubahan fizikal.
Dalam kes ini, hormon estrogen yang hadir merangsang sejenis hormon lain untuk dihasilkan iaitu hormon ‘melanocyte-stimulating hormone’. Hormon ini berperanan untuk menghasilkan pigmen pada sel yang mengandungi melanosit dan seterusnya membuatkan kulit kelihatan lebih gelap. Bukan garisan ini saja yang ketara, malah anda pasti perasan yang terdapat bahagian lain menjadi semakin gelap ketika mengandung seperti leher, pelipat dan kawasan sekitar areola. Sesetengah wanita sensitif dengan perubahan hormon ini dan ada yang tidak. Oleh sebab itu, tidak semua wanita akan mendapati perubahan yang ketara pada kulitnya.
Sebuah kajian yang dilaporkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care mendapati antara punca munculnya linea nigra ini ada kaitannya dengan kekurangan asid folik dalam tubuh. Oleh itu, jangan mengabaikan pengambilan vitamin asid folik yang dipreskripsikan oleh doktor. Selain itu, anda juga boleh menambahkan sumber asid folik dalam diet harian dengan memakan sayuran berdaun hijau serta bijirin penuh.
4. BILAKAH GARISAN HITAM INI AKAN MENGHILANG ?
Mungkin sesetengah
ibu hamil merasakan penampilan mereka kurang menarik dengan kemunculan linea
nigra ini. Namun para ibu tidak perlu risau kerana garisan serta pigmentasi
tersebut lazimnya bersifat sementara. Ia dijangka akan memudar dan hilang
beberapa bulan selepas melahirkan bayi. Walaubagaimanapun bagi sesetengah
wanita, garis hitam ini mungkin tidak akan hilang sepenuhnya.
Linea nigra bukanlah
boleh dihilangkan dengan mudah. Sungguhpun begitu, garisan tersebut boleh
menjadi kurang ketara dengan melakukan beberapa cara.
Anda boleh cuba gel
atau krim yang berasaskan sumber semulajadi seperti cocoa butter atau gel
vitamin E. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan garisan pada perut, malah
dapat membantu mengurangkan strech markpada kulit perut. Selain itu, banyakkan
makan makanan yang kaya dengan folat seperti buah-buahan serta sayuran hijau
serta amalkan supplemen asid folik seperti yang disarankan oleh doktor.
No comments:
Post a Comment