Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Ia dikatakan asal nama bandar Kulim.
Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40(-60) m, kesemua bahagian berbau bawang putih; bole columnar, tanpa cabang sehingga 25 m, garis pusat sehingga 80(-150) cm, sering kali lurus, kadang-kala memiliki banir kecil; permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis, kelabu-perang sehingga merah-perang, bahagian dalam batang bergentian, merah-keunguan, bahagian dalam dengan tompokan kuning bata.
Orang sihat juga boleh meminum air rebusan ini untuk membuang toksin dan mendapatkan kesihatan yang baik.
KHASIAT LAIN YANG
BOLEH DIPEROLEHI DARI BUAH KULIM INI ADALAH:
- Membuang toksin dan mencuci darah secara semulajadi. Darah akan menjadi lebih cair dan cantik.
- Sangat berkesan bagi mengawal kencing manis, darah tinggi, gout, menghilangkan buasir dan jerawat.
- Membantu pesakit buah pinggang dalam menurunkan index kekotoran darah (creatinine).
- Menghakis kolesterol supaya darah berjalan dengan lancar disepanjang arteri darah.
- Mampu menghilangkan bisa-bisa badan yang berpunca dari darah yang kotor.
- Menambah tenaga untuk bekerja seharian tanpa ada rasa keletihan.
- Membantu mencuci usus, menanggalkan kerak dan lemak disekeliling usus supaya usus anda menjadi bersih dan sihat.
No comments:
Post a Comment