Friday, October 16, 2020

CARA MENGHALAU SEMUT DARI RUMAH

 

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyinggung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.


Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina subur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.


JOM KITA KETAHUI CARA UNTUK MENGHALAU SEMUT DARI RUMAH ANDA;

  • Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
  • Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.
  • Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.
  • Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
  • Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.
  • Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
  • Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang sikit nak dapatkan daun sirih.
  • Kesimpulannya, semua bahan yang anda perlukan pasti ada di dapur rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah semut ini. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment