Saturday, October 17, 2020

PETUA MENGELAK RAMBUT BERUBAN

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen. Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban. Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.

PETUA  MENGELAK RAMBUT DARI CEPAT BERUBAN

Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya :

 

BUAH BETIK

Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah menjadi.

 

SAYUR HIJAU

Vitamin B yang terkandung dalam sayur-sayuran hijau adalah sangat penting. Vitamin B-2, B-6 dan B-12 memainkan peranan utama untuk kesegaran rambut anda selain membantu untuk rambut kelihatan segar.

 

COKLAT

Khasiat yang terkandung dalam coklat diperlukan bagi menghasilkan melanin, dan sumber warna rambut. Anda juga akan memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.

 

IKAN SALMON

Ikan salmon memang bagus untuk mereka yang sedang berdiet termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormone yang penting bagi rambut. Ia juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.


STRAWBERRY, BLUEBERRY, & BLACKBERRY

Buah-buahan beri ini sangat membantu untuk meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilan kolagen selain memerangi radikal bebas. Anda boleh lihat perbezaannya selepas mengamalkan makan buah ini dengan kerap.

 

KEKACANG

Kekacang seperti almond bagus untuk menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah dan mempunyai khasiat vitamin E yang baik untuk rambut

No comments:

Post a Comment