Friday, October 16, 2020

KEBAIKAN KUNYIT UNTUK KESIHATAN

 

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

  • Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik menyembuhkan keradangan. Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv menyatakan bahawa kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati bahan aktif kurkumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain; ia kerana bahan tersebut bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser.

  • Kunyit digunakan untuk bantu cegah penyakit jantung, artritis, pedih ulu hati, sakit sendi, sakit perut, pendarahan, cirit-birit, kembung perut, kehilangan selera makan, masalah hati, jangkitan kuman, ulcer perut, ‘irritable bowel syndrome’ (IBS), kolesterol dan keletihan

  • Ia juga digunakan untuk membantu masalah sakit kepala, bronkitis, selsema, jangkitan paru-paru, demam, masalah haid, kulit gatal, pemulihan selepas pembedahan dan barah. Ia turut digunakan untuk membantu masalah Alzheimer, ‘sistemic lupus erythematosis’ (SLE), radang pundi kencing dan masalah buah pinggang.

  • Kurkumin adalah bahan aktif utama dalam kunyit. Ia mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan merupakan antioksidan kuat. Terdapat 1 hingga 6% bahan berkhasiat kurkumin dalam serbuk kunyit

  • Kajian ke atas 121 individu yang telah menjalani pembedahan pintasan jantung menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%.

  • Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 

  • Artritis adalah masalah biasa di negara-negara Barat yang kebanyakannya melibatkan keradangan pada sendi. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis.

 

No comments:

Post a Comment