Friday, October 16, 2020

TIPS HILANGKAN LENGUH-LENGUH BADAN DAN SAKIT SARAF

Sistem saraf ialah bahagian badan haiwan yang mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dan menghantar isyarat di antara bahagian badannya yang berbeza. Tisu saraf pertama kali bangkit pada organisma kecacingan kira-kira 550 hingga 600 juta tahun lalu. Pada kebanyakan spesies haiwan, tisu ini terdiri daripada dua bahagian utama, sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terutamanya terdiri daripada saraf, yang merupakan berkas serabut panjang atau akson, yang menyambungkan sistem saraf pusat dengan setiap bahagian lain badan. Sistem saraf periferi termasuk neuron motor, mengantarai pergerakan terkawal; sistem saraf autonomi, terdiri daripada sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik, yang mengawal atur fungsi tidak terkawal, dan sistem saraf enterik, yang berfungsi untuk mengawal sistem perut usus.

Stress kerja boleh jadi sebab tubuh kita rasa lesu dan tidak bermaya. Ditambah waktu makan yang tak ikut masa pun boleh jadikan badan rasa sengal dan berangin sana sini. Berikut, cara korang boleh buat untuk hilangkan lenguh-lenguh badan dan juga sakit saraf.


CARA TIDUR YANG BETUL

Adakalanya bila kita beralih dan kekal pada posisi tertentu dalam jangka sama yang lama juga boleh jadikan tubuh kita rasa sakit pada keesokan pagi. Jadi postur tidur yang betul perlu dijaga.

 

BERURUT.

Dapat melancarkan perjalanan darah dan keluarkan angin dalam badan dengan lebih efektif. Boleh la keluarkan sedikit du-it untuk ke spa yang ada tawarkan sesi urut seluruh badan.

 

JANGAN MAKAN LAJU-LAJU

Cuba ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Pastikan kita minum lebih banyak air kosong bagi melancarkan sistem penghadaman.

 

AMALKAN SENAMAN REGANGAN.

Jika bukan jenis yang suka bersenam, cukup sekadar membuat senaman regangan setiap jam supaya tubuh tidak statik pada satu posisi dalam jangka masa yang lama.

 

MINUM AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA.

Bahan Bahan:

  • 4 batang serai
  • 4 cm halia 2 ketul
  • Diketuk kedua bahan di atas
  • Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air
  • Tunggu suam diminum begitu sahaja atau boleh campur dengan susu atau madu.
  • Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 atau 3 kali.
  • Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
  • Disyorkan minum selepas makan.

No comments:

Post a Comment