Miopia,
atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang
menyebabkan objek jauh kelihatan kabur. Ia adalah satu masalah normal bagi mata
di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina.
Mereka yang ada miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas
tetapi objek jauh kelihatan kabur. Kecacatan bertentangan dengan miopia adalah
hiperopia atau rabun dekat, di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata
terlalu dekat.
Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat. Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh. Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah. Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat
CARA RAWATAN RABUN SECARA TRADISIONAL
1. MENGGUNAKAN WAP NASI
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. REBUSAN SAYUR SAWI
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. LOBAK MERAH
Boleh makan mentah² atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene _(pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan)_, Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. MENGGUNAKAN TEH
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. KACANG WALNUT
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. TOMATO
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. KACANG SOYA
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. TELUR
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
10. BRAKOLI
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
No comments:
Post a Comment