Wednesday, February 7, 2018

TELUR MASAK LEMAK


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

TELUR MASAK LEMAK


BAHAN BAHAN
3 biji telur ayam
satu peket santan

bahan untuk ditumbuk
sedikit kunyit
5 ulas bawang kecil
bahan tabur untuk diatas
3 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering ( digunting halus-halus)


PROSES PENYEDIAAN
1 . masukkan santan didalam periuk yang sederhana besar.
2 . masakan diatas api yang kecil agar sanatn tidak pecah minyak.
3 . apabila mendidih masukan telur sebiji demi sebiji.
4. tambahkan garam.
5 gorengkan daun kari dan cili kering sehingga garing. (minyak sedikit sahaja
6. kemudian masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk yang berisi telur tadi.

No comments:

Post a Comment