Wednesday, February 7, 2018

ACAR TELUR


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.
Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.
Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

ACAR TELUR


BAHAN BAHAN
15 biji telur ayam
10 biji cili kering
2 tin kecil tomato puri
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 sudu kicap
Sedikit kacang peas  

BAHAN UNTUK DIGILING
½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit halia
Sedikit cuka, gula dan garam

PROSES PENYEDIAAN
Telur direbus sampai masak, setelah itu buang kulitnya dan goreng sebiji-sebiji hingga kuning angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang, setelah itu masukkan pula bahan yang telah digiling tadi bersama air, cuka, gula, garam dan tomato puri serta serbuk perasa.

Bila telah mendidih masukkan telur, cili merah, kacang peas dan bawang besar. Setelah itu bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment