Wednesday, February 7, 2018

RENDANG TELUR

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.


BAHAN BAHAN

6 biji telur itik (digosok kulitnya perlahan-lahan di bawah air paip)
600 ml santan
4 ulas bawang merah (dihiris)  
1 helai daun kunyit
1 batang serai (dititik)
Garam secukup rasa

Bahan Giling:
6 batang lada merah
2.5 cm lengkuas
1.2 cm halia
1.2 cm kunyit hidup
1 camca garam

PROSES PENYEDIAAN

Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Jerangkan hingga mendidih,Kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 15-20 minit.

Apabila telurnya telah masak, Masukkan semula ke dalam periuk. Masakkan sambil dikacau perlahan-lahan hingga kuahnya pekat & hampir kering.

Sesuaikan rasanya. Buangkan daun kunyit & serai. Sendukkan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih, Salad sayur-sayuran & acar atau jeruk.

No comments:

Post a Comment