Wednesday, February 7, 2018

KENTANG TELUR


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

KENTANG TELUR

BAHAN BAHAN
3 Biji Telur
3 Biji Ubi Kentang
Serbuk Perasa Ayam
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Cili
Garam
Minyak Masak

PROSES PENYEDIAAN
Pecahkan Telur kedalam mangkuk bersama garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa ayam, pukul sampai telur tadi kembang.
Manakala kentang di potong nipis-nipis (potong macam mana rupa pun tak pe)dan gaulkan bersama serbuk lada hitam dan serbuk cili.
gorengkan kentang tadi dalam minyak yang panas tapi api kena kecik ok. selapas kentang dah empuk angkat dan campur bersama telur yang telah di pukul tadi (kacau@gaulkan).
kemudian gorenglah telur bercampur kentang ini macam goreng telur dadar.

No comments:

Post a Comment