Wednesday, February 7, 2018

KERABU TELUR MASIN


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

KERABU TELUR MASIN

BAHAN BAHAN
5 biji telur Masin yang telah di rebus
1 biji limau nipis
2 biji bawang merah
5 tangkai lada api( nak pedas tambah lagi)
1 biji tomato
Secubit garam (secukup rasa}

PROSES PENYEDIAAN
1. Telur Masin dibuang kulit dan di belah dua.
2. Hiris bawang merah, tomato dan lada, masukkan ke dalam mangkuk.
3. Perah limau nipis kedalam mangkuk yang berisi telur tadi.


No comments:

Post a Comment