Wednesday, February 7, 2018

KUKUS TELUR


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

KUKUS TELUR

BAHAN BAHAN
garam
lada putih
telur 3 biji
9 separuh telur air

PROSES PENYEDIAAN
Pecahkan telur dan kacau rata dan tambah air, garam dan lada

Kukus(Stim) di atas wok selama 10 minit

No comments:

Post a Comment