Wednesday, February 7, 2018

PARPU TELUR


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

PARPU TELUR

BAHAN BAHAN
6 biji telur
½ biji kelapa
3 cawan kacang dal
2 sudu besar minyak 1 labu bawang merah
8 labu bawang merah
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Rendam parpu sehingga kembang. Mayang bawang merah dan lereng bawang besar. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah.

Kacau hingga layu. Masukkan kacang dal dan kacau sebentar. Masukkan bawang besar dan kacau selama 2 minit. Pecahkan telur sebiji-sebiji dan jangan kacau kuah itu.

Biarkan telur keras semasa kuah menggelegak. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan telur daripada hancur. Apabila semua telur telah keras, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment