Wednesday, February 7, 2018

LEMAK CILI API TELUR MASIN


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.
LEMAK CILI API TELUR MASIN


BAHAN BAHAN
5 biji telur masin
Semangkuk santan pekat
Semangkuk santan cair
1 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji cili merah - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan santan cair bersama bahan yang ditumbuk. Ketukkan serai dan masukkan sekali bersama serbuk kunyit.
Apabila mendidih pecahkan telur masin satu persatu dan biarkan ia masak bersama api yang perlahan.
Apabila telur mulai keras, kacau perlahan dan masukkan santan pekat.Tunggu mendidih dan masukkan garam.

No comments:

Post a Comment