Wednesday, February 7, 2018

KARI TELUR


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

KARI TELUR

BAHAN BAHAN
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 sudu besar serbuk kari  
½ biji kelapa parut
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar kicap tomato
Garam secukupnya
1 sudu teh air limau nipis

PROSES PENYEDIAAN

Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan.

Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana.

Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit).

Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.

No comments:

Post a Comment