Wednesday, February 7, 2018

SALAD TELUR

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.


BAHAN BAHAN

10 biji telur ayam, direbus kemudian digoreng
1 ½ cawan santan pekat
3 biji bawang besar, dihiris
1 sm lengkuas, dititik
2 biji tomato, dibelah empat
2 camca sedang cili boh    
2 sm halia, dihiris
2 batang serai, dititik
½ camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN


Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, halia, serai dan lengkuas. Apabila kuning masukkan cili boh, serbuk kunyit dan santan.

Biar hingga mendidih baru masukkan garam dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat baru dimasukkan telur dan tomato. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment