Wednesday, February 7, 2018

MURTABAK MAGGI


TELUR AYAM
Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolinadan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.

MURTABAK MAGGI

BAHAN BAHAN
1 paket mee maggi
7 biji telur
200 gm daging cincang
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
daun sup

BAHAN2 UTK DIBANCUH :
1 paket perencah maggi
2 sudu makan serbuk kari daging/ayam
sedikit garam
Sedikit air

PROSES PENYEDIAAN
1.Rebus mee maggi dan toskan
2.Pukul telur hingga kembang, masukkan daging cincang,cili merah,bawang besar & daun sup yang telah dicincang.
3.Masukkan bahan-bahan yang telah dibancuh dengan air.
4.Masukkan mee maggi yang telah ditoskan dan kacau rata.
5.Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu mentega dan kukus selama 30 minit


No comments:

Post a Comment