SININGGAZANAK
Memorial bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat atau waris dan
pengagihan harta pusaka pasangan yang tidak mempunyai waris.
Tradisinya, amalan masyarakat Kadazan di kawasan Penampang, Kinarut dan
Putatan ialah mendirikan sininggazanak apabila orang itu
meninggal dunia tanpa waris, sebagai kenangan oleh saudaranya yang terdekat
yang mempunyai tuntutan kuat keatas hartanya.
Pusaka dan harta yang dimiliki oleh suami yang meninggal dunia tidak
boleh dituntut oleh isterinya atau keluarga isterinya tetapi oleh saudaranya
yang terdekat, begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment