Wednesday, July 19, 2017

LAPOHAN TEMBIKAR TRADISI SUKU KAUM BAJAU SEMPORNA

Lapohan Tembikar tradisi suku kaum bajau semporna

 
Lapohan dalam bahasa suku kaum Bajau Laut bermaksud alat tempat membakar atau memasak sesuai dengan fungsinya. Ia merupakan tembikar yang dihasilkan melalui proses penggabungan dua jenis tanah iaitu tanah liat dan tanah pasir. Dianggarkan penghasilan produk lapohan di Pulau Salakan telah dilakukan sejak tahun 1920an lagi dan kemahiran pembuatannya diwarisi secara turun temurun.


Penghasilan produk Seramik Lapohan dilakukan oleh beberapa orang sahaja yang masih menetap dan tinggal di Pulau Salakan, Semporna, Sabah. Salah seorang Pengusaha yang diletakan di bawah kategori Usahawan Kraf adalah Puan Nahima Taalil.

LAPOHAN

Tembikar yang dihasilkan ini merupakan khazanah turun temurun suku kaum bajau yang masih boleh diperolehi hingga sekarang. Banyak digunakan oleh suku kaum Bajau Laut yang menetap di pulau pulau di Semporna.


Tembikar  terdiri dari pelbagai jenis iaitu seperti lapohan, lepok, Tugtugan, bingki, pagoh, kawali, tampahan dan tannah ya. 

Lapohan akan tahan lama sekiranya ia dihasilkan dan dibentuk mengikut peraturan yang betul dengan pembakaran yang tepat.




No comments:

Post a Comment