RIBU-RIBU atau nama saintifiknya Lygodium
tergolong dalam famili paku pakis, tumbuh menjalar di kawasan terbiar,
hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah yang tidak diusahakan
lagi.
Ribu-ribu jarang sekali dikenali
masyarakat umum, kecuali dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar
perhutanan dan botani. Namun demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam
terutama dalam kehidupan seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan
Terengganu.
Secara tradisi, anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada
terendak, bekas tembakau, serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh.
Penutup rabung rumah Melayu di Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa
yang dijalin antara kepingan bilahan buluh.
Kini penggunaan ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan
berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman
ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Rinago di sabah masih diusahakan
secara turun temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat. Kini
kemahiran ini telah mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu
yang biasa digunakan oleh kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.
CARA MEMPROSES RIBU-RIBU
Batang ribu-ribu serta akarnya dicabut. Daun-daun dan bahagian hujung
(pucuk) nya dipotong. Ribu-ribu dibelah sedikit dengan pisau kepada dua atau
tiga bahagian mengikut ukuran.
Belahan dimulakan daripada hujung hingga ke pangkal. Seterusnya belahan
dibuat dengan hanya menggunakan ibu jari. Benda tajam seperti pisau adalah
tidak sesuai kerana akan menyebabkan belahan tidak seimbang, mudah putus dan
rosak.
Setelah belahan hampir kehujung atau pangkal, empulur akan ditarik
keluar. Ribu-ribu kemudian digantung dan dijemur di tempat yang teduh hingga
kering.
Ribu-ribu yang terlalu kering akan mengakibatkan kulit ribu-ribu menjadi
kecut dan mudah patah bila dianyam. Ia juga perlu dielakkan daripada terkena
air sebelum digunakan agar ia tidak mudah bertukar kepada warna hitam.
Ribu-ribu
yang telah kering seterusnya diraut dengan pisau.
Penyucuk
ais yang kecil alat yang panjangnya lebih kurang tiga inci ini digunakan untuk
menjalin ribu-ribu.
Rotan empulur digunakan sebagai bahan lingkaran atau bingkai asas bagi menjalin ribu-ribu mengikut bentuk dikehendaki.
Ribu-ribu disimpulkan sedikit dan seterusnya dijalin pada rotan empulur. Jalinan seterusnya dibuat mengikut lingkaran rotan dengan menggunakan penyucuk ais. Sementara itu, lebihan ribu-ribu pula dipotong menggunakan pengetip kuku. Jalinan atau ikatan lilitan dibuat dengan kemas dan teliti sehinggalah barangan siap.
Helaian
ribu-ribu kemudian dijangka mengikut saiz yang dikehendaki dengan memasukkannya
melalui lubang tudung tin yang ditebuk.
ALAT-ALAT UNTUK MENGANYAM RIBU-RIBU
Beberapa
peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.
Tin
digunakan sebagai penghalus bilah ribu ribu
Rotan empulur digunakan sebagai bahan lingkaran atau bingkai asas bagi menjalin ribu-ribu mengikut bentuk dikehendaki.
Pengetip
kuku digunakan untuk memotong dan memperkemaskan lebihan ribu-ribu yang
dijalin.
PROSES
ANYAMAN
Ribu-ribu disimpulkan sedikit dan seterusnya dijalin pada rotan empulur. Jalinan seterusnya dibuat mengikut lingkaran rotan dengan menggunakan penyucuk ais. Sementara itu, lebihan ribu-ribu pula dipotong menggunakan pengetip kuku. Jalinan atau ikatan lilitan dibuat dengan kemas dan teliti sehinggalah barangan siap.
Kegunaan
Ribu-Ribu
Secara
tradisi, ribu-ribu asli digunakan tanpa sebarang pewarna. Namun demikian,
ribu-ribu kini telah dicelup pewarna untuk membentuk pelbagai corak dan warna
yang menarik pada barangan ribu-ribu. Kraf Rinago atau ribu-ribu pada asalnya
digunakan oleh kam Rungus di Sabah sebagai bekas penyimpan bahan-bahan untuk
ubat-ubatan tadisional.
Melalui pengubahsuaian pelbagai bentuk, kraf ribu-ribu
kini tampil dengan berwajah baru. Penggunaannya juga turut meluas, tidak lagi
sekadar bekas serbaguna, bekas barang kemas atau tepak sirih tetapi juga turut
dijadikan sebagai perhiasan, bekas buah, pasu bunga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment