Sunday, April 15, 2018

FAKTA TENTANG KOPI YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU


Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

Kopi adalah pertama diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia.Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

FAKTA TENTANG KOPI YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU

1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi.

Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas memakan kopi yang gugur dari pokoknya.

2. Kopi pada mulanya bukan diambil secara minuman tapi di makan begitu saja. Ada puak-puak kat Afrika ini memakan kopi dengan cara mencampurkan sejenis bahan lemak yang macam mentega kemudian dimakan macam tu jer.

3. Kopi diambil sebagai minum semasa era Islam mula berkembang kerana alkohol diharamkan jadi mereka mengantikan kopi sebagai minuman.

4. Semua tanaman kopi di bumi ini tumbuh di satu garis lintang bernama The Bean Belt atau The Coffee Belt. Kawasan ini terbentang antara antara Garis Balik Utara (Tropics of Cancer) dan Garis Balik Selatan (Tropics of Capricorn). Hawaii adalah satu-satunya di negara Amerika yang ditumbuhi oleh tanaman kopi.

5. Tahun 1675, Raja Inggeris melarang segala aktiviti berbentuk perniagaan kedai kopi kerana dia syak kedai kedai kopi menjadi port orang berkumpul untuk berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

6. 70% pengemar kopi di seluruh dunia lebih suka minum kopi jenis Arabika yang mempunyai rasa lebih lembut dan aromatik. Manakala bakinya 30% meminum Robusta yang lebih pahit tapi nikmat dan mengandungi kafein 50% lebih banyak daripada Arabika.

7. Pohon kopi boleh tumbuh tinggi hingga berukuran 30 kaki (atau kira-kira 9 meter) tetapi kebanyakan pokok dipotong/cantas hingga sampai 10 kaki (atau 3 meter) saja agar senang nak petik biji kopi.

8. Kopi adalah perniagaan terbesar kedua yang diniagakan di muka bumi. Yang pertama adalah minyak.

9. George Washington adalah orang pertama menemui kopi segera. Tapi bukan George Washington Presiden Amerika tu tau. Dia seorang berbangsa Belgium yang tinggal di Guatemala. Dia menemui kopi segera ditahun 1906.

10. Istilah Americano berasal dari tentera-tentera GI Amerika pada masa perang dunia kedua. Para tentera Amerika ini biasanya menempah espresso tapi dicampur dengan air untuk  meringankan sedikit rasanya yang kuat. Lebih jauh, istilah "cup of Joe" berasal dari askar-askar GI Joes pada perang dunia kedua kerana mereka dikenali sebagai pengemar kopi berat.

No comments:

Post a Comment