Sunday, April 15, 2018

TANDA TANDA KEROSAKKAN SARAF KAKI DAN TANGAN DAN CARA MERAWATNYA


Bibir merupakan lapisan daging lembut yang berisi pada tepi mulut manusia dan kebanyakan haiwan yang dapat ditaup-taupkan.

Orang yang mempunyai sakit saraf merasa sakit yang berbeza-beza. Bagi sesetengah pesakit saraf, ia sakit seperti terasa menikam-nikam di tengah-tengah malam. Bagi yang lain pula, merasai gejala sakit seperti terpijak duri, “semut-semut”, atau rasa seperti terbakar.

Sakit saraf yang tidak terkawal boleh menjadi sukar untuk ditanggung. Namun, dengan rawatan yang betul, insyaAllah kesakitannya boleh dikawal dan dikurangkan.

TANDA TANDA KEROSAKKAN SARAF KAKI DAN TANGAN DAN CARA MERAWATNYA

SISTEM SARAF
Dr Goh Khean Jin, Perunding Ahli Neurologi Pusat Perubatan Universiti Malaysa baru-baru ini memberi taklimat kepada media berhubung fungsi saraf dan neuropati.

Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Serupa seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf menghantar isyarat elektrik ke tubuh badan manusia.

Ia mengawal organ deria yang membolehkan manusia berasa sejuk, panas atau tajam serta lain-lain sensasi.

Saraf juga menggerakkan otot, bukan sahaja untuk menggunakan tangan atau berjalan tetapi juga untuk perbuatan seperti batuk, membongkok, mengunyah serta melihat ke kanan atau ke kiri.

Sistem saraf juga mengawal fungsi penting yang berlaku di luar kawalan seperti degupan jantung, pencernaan dan pernafasan.

“Pada asasnya kita ada sistem saraf pusat yang memberi kesan terhadap otak dan saraf tunjang.

“Kita juga ada sistem saraf perifer di luar otak dan saraf tunjang.

“Penyakit saraf di luar otak dan saraf tunjang, kami panggil sebagai neuropati perifer,” jelas Dr Goh.

TANDA-TANDA KEROSAKAN SARAF KAKI DAN TANGAN
1. Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).

2. Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.

3. Luka dan anda tidak menyedarinya

4. Kulit menjadi sangat tegang dan keras.

5. Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.

RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA JIKA KAKI DAN TANGAN KEBAS

1. Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.

2. Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.

3. Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.

4. Mengambil suplemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.

5. Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.

6. Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.

7. Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.

8. Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).

9. Pastikan kaki sentiasa berstokin.

10. Amalkan menyapu GEL KAYU PUTIH. 2 Kali sehari 


1 comment: