Sedu menyebabkan
individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama
ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk
menghapuskannya.Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang
menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot
diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.
Apabila anda menarik
nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam
paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara
keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita
membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.
Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut
dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka
terhasillah bunyi sedu.
CARA
MENGATASI SEDU
1.Tahan Nafas selama 10
saat dalam keadaan bersandar atau baring
Tujuannya adalah supaya kita
bertenang dan mengawal pernafasan.
2.Urut bahagian atas atau
belakang langit - langit mulut
Cara ni mungkin nampak pelik
sikit tetapi membantu juga. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit -
langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada
diaphragm. Gunakan kapas cotton - tipped applicator.
3.Minum segelas air putih
Baca bismillah dan
selawat sebanyak 3x.Minum air secara perlahan-lahan. Sambil tu, tarik nafas
panjang secara perlahan-lahan juga,tahan beberapa saat dan hembuskan dengan
tenang. Insyaallah.
4.Bernafas didalam plastik
untuk 2 ~ 3 minit
Cara ini bertujuan
supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan.
No comments:
Post a Comment