Pokok Kecubung ialah sejenis
pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama
sainsnya Datura Metel (Linn).
Tinggi Pokok Kecubung selalunya
kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk
rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam
saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih;
ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan
mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan
batang.
Kini Pokok Kecubung banyak
ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Jenis
yang biasa dijumpai ialah:
Pokok Kecubung
Pokok Kecubung Kecil
Pokok Kecubung Putih
KHASIAT
DAN RACUN POKOK KECUBUNG
Secantik2 pokok kecubung namun
ada bahayanya juga. Kecubung putih adalah yang paling beracun sekali kerana ia
mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad
untuk kegunaan luar sahaja namun masih ada lagi perubatan traditional yang
menggunakan daun dan bijinya untuk rawatan2 lain seperti resdung.
PERINGATAN:
Semua bahagian
tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang
bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang
keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur
sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan
menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
KEGUNAANNYA:
Kecubung biasa
digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma,
rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung.
Untuk asma dan
resdung, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia
kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung.
Untuk sakit pinggang
dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih
secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk
disapukan pada bahagian yang sakit.
Untuk rheumatik pula
daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini
kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika
masih panas.
Untuk selesama,
caranya ambil bunga kecubung dan jadikan seperti tembakau dan menghisap dengan
mengeluarkan asap dihidung. Kesannya hidung akan keluar lendir berketul2.
Untuk hilangkan
bentan pada buah zakar bayi, ambil daun kecubung dan sapukan minyak kelapa.
Layuhkan atas api kemudian balut buah zakar tersebut dan biarkan sebentar...
InsyaAllah sembuh..
* Ada satu lagi cara untuk
merawat resdung dengan menggunakan biji buah kecubung. Jemur biji kecubung
lebih kurang 3 hari hingga nampak kering. Ambil tempurung yang telah di belah
dua, dikeringkan dan dibersihkan. Tebuk lubang kecil di atasnya untuk di
masukkan hujung batang anak buluh seperti straw pada permukaan lubang tersebut.
Pastikan buluh betul2 muat untuk lubang kelapa yang di tebuk. Sedia untuk di
gunakan.
CARA RAWATAN RESDUNG DENGAN
BIJI KECUBUNG
Ambil kepingan kecil
tempurung kelapa dan di bakar hingga menjadi bara. Letak arang kelapa atas
tudung periuk dan taburkan 7 biji kecubung yang telah di jemur. Titiskan miyak
kelapa atas bara tadi tutup cepat2 dengan tempurung ang telah di buat dengan
buluh.
Bila nampak asap
keluar dari buluh, cepat2 halakan lubang hidung ke corong buluh sambil menutup
hidung sebelah lagi satu. Sebaiknya cuba sedut perlahan2 dan akan terasa
sedikit perit kemudian teran sekuat2nya. Lakukan 3 kali dan kemudian buat
sebelah lubang hidung pula. Jika asap nampak semakin kurang tambahkan lagi biji
kecubung dengan minyak kelapa..
Selepas habis
melakukan sedut hembus dari hidung tadi, angkat tempurung tadi dan korang akan
nampak ulat2 yang keluar dari lubang hidung tersebut yang sudah kering
terbakar..
Telinga - Lubang
telinga di halakan pada corong buluh dan sebelah telinga lagi satu di tutup.
Biarkan beberapa saat dan teran.
Mata - Halakan corong
pada hujung mata kita di antara hidung. Tutup mata sebelah dan biarkan asap
masuk ke mata untuk beberapa saat. Teran sekuat yang boleh.
Pastikan jangan di lakukan
selalu.
No comments:
Post a Comment