Sunday, April 15, 2018

KHASIAT DAUN SUP

Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.


KHASIAT DAUN SUP

NILAI DAN KHASIAT
Saderi berkhasiat sebagai antirematik, penenang (sedatif), bersifat meluruhkan air kencing (duiretik) dan antiseptic. Khasiat lain membantu pengeluaran asam urat dari tubuh, pembersih darah, menghentikan pendarahan dan menurunkan tekanan darah.

Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini – diuretik dan depurative – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan (stress hormone) dan mengurangkan kadar degupan jantung.

Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah (hypoglycemic), ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak (expectorant), pelembut kulit (emollient)(berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone (hormonal dysfunctions) (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit (allergic dermatosis)); menghilangkan parut (cicatrizing)(baik untuk luka, calar, pembentuk ulser (ulcerations)


No comments:

Post a Comment