Garam,
juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang
komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan
haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam
(masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang
menyebabkan laut terasa masin.
Kebanyakan
garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan
namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan.
Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi
kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam juga merupakan satu
komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini
adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan
sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan
makanan
KEGUNAAN
GARAM YANG PERLU SEMUA ORANG TAHU
1. Membuang busuk
ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk
menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.
2. Merendam kerang
supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk
diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk
meneutralkan keburukannya (tahi).
3. Mengurang tahap
kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya
dengan merendam dalam air garam juga.
4. Mengubat Gout.
Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal
berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang
tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika
garam masih panas.
5. Merawat
cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
6. Merawat mabuk
perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi
tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air
dan diminum sebelum memulakan permusafiran.
7. Garam digunakan
untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang
gatal.
8. Menambah imuniti
badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di
negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami
alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
9. Menghilangkan
penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani,
bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
10. Mengelak
sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan
jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255
surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
11. Mengelak gangguan
syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia
nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur
dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam
gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
12. Mengelak panahan
iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu
tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma
sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada
jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama
seperti yang dinyatakan dalam para 10.
13. Mengubat orang
yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya
ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah.
Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat
hijau lidah.
No comments:
Post a Comment