Sunday, April 15, 2018

CARA MUDAH MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH


Bibir merupakan lapisan daging lembut yang berisi pada tepi mulut manusia dan kebanyakan haiwan yang dapat ditaup-taupkan.

CARA MUDAH MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah bibir yang kering, kelihatan merekah serta pecah-pecah. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas atau sejuk terutama sekali bagi mereka yang bekerja di dalam kawasan berhawa dingin.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA ATAUPUN PETUA UNTUK MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH.

Lidah buaya merupakan tumbuhan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri penyembuhan yang baik untuk kulit.

 Gunakan krim atau pelembap bibir yang mengandungi Aloe Vera, atau gunakan gel Aloe Vera tulen.

Gunakan Air Rendaman Kelopak Bunga Mawar

Kelopak bunga ros boleh membantu  anda untuk mengekalkan kelembapan bibir anda serta warnanya.

Caranya:

Basuhkan segenggam kelopak ros menggunakan air.
Rendamkan dalam susu selama beberapa jam.
Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.
Sapukan ia pada bibir kering anda sebanyak dua atau tiga kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.

MADU
Madu diketahui mempunyai banyak sifat-sifat penyembuhan apabila dimakan atau digunakan secara luaran.

Gunakan kapas  dan letak ia pada bibir anda. Selepas kira-kira sepuluh minit, anda boleh menjilat  madu itu sendiri sendiri atau membasuhnya dari bibir anda.

SAPUKAN MENTEGA PADA BIBIR
Sapukan sedikit mentega pada bibir anda kerana ia boleh melembutkan serta menyembuhkan bibir yang merekah.

TIMUN
Timun merupakan salah satu bahan semulajadi dan mudah didapati bagi rawatan bibir kering.

Sapukan timun yang dihiris halus pada bibir anda agar jusnya kena pada setiap bahagian. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian basuhkan dengan air.


No comments:

Post a Comment