Sunday, April 15, 2018

PETUA PENING KEPALA


Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Ia mungkin gejala beberapa keadaan kepala dan leher .Tisu otak sendiri tidak sensitif kepada kesakitan kerana kekurangan reseptor sakit. Sebaliknya, kesakitan disebabkan gangguan struktur sakit-sensitif sekitar otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu kranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus.

PETUA PENING KEPALA


TEH HALIA
Halia popular kerana sejak lama kerap dijadikan minuman herba yang berkhasiat untuk menangani beberapa penyakit seperti sakit kepala selama berabad-abad di Asia. Ia pun mampu meredakan sakit otot akibat suhu yang sejuk atau kaku. Di dalam halia terlampirkan kelebihan sifat antioksidan yang dapat melawan jangkitan serta meningkatkan keupayaan imun tubuh.

Untuk membuat teh halia, Anda boleh mengikuti panduan berikut:

Siapkan ¼ sudu teh halia serbuk, ¼ sudu teh kunyit serbuk, 1 gelas air, susu, dan madu (optional).

Proses membuat ginger tea di sini. Mula-mula rebus air hingga mendidih, lalu masukkan halia dan kunyit, kecilkan api.

Biarkan proses merebus selama 10 minit, lalu tuang susu dan tapis air ke dalam cawan.

Tambah madu secukupnya, minum ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment