Sunday, April 15, 2018

RAWATAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD) SECARA SEMULAJADI


Penyakit kaki dan mulut atau penyakit kuku dan mulut (Aphthae epizooticae) merupakan penyakit virus berjangkit dan kadang-kadang membawa maut yang menjejaskan haiwan bertelapuk berbelah, termasuklah rumpun lembu. Virus ini menyebabkan demam panas selama dua ke tiga hari, diikuti dengan lepuh-lepuh di dalam mulut dan pada kaki yang mungkin pecah dan menyebabkan ketempangan.

Penyakit kaki dan mulut mendatangkan padah yang besar bagi penternakan kerana ia amat berjangkit dan tersebar oleh haiwan berjangkit melalui aerosol ataupun persentuhan dengan kelengkapan penternakan, kenderaan, pakaian atau pakan yang tercemar, ataupun oleh pemangsa yang jinak mahupun liar. Pembendungannya menuntut usaha yang menyeluruh dalam pemvaksinan, pengawalseliaan ketat, sekatan perdagangan, dan kuarantine, dan adakalanya membunuh haiwan tersebut

RAWATAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD) SECARA SEMULAJADI

1. AISKRIM & MAKANAN SEJUK
Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut.

Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar.

Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan.

Jika masih tidak berminat untuk makan, anda boleh cuba sejukkan susu formula atau susu ibu yang diperah.

2. GEL ALOE VERA
Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal.

Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan pada kerengsaan yang dialaminya.

3. AIR KELAPA MUDA
Air kelapa muda yang kita biasa minum untuk demam juga boleh diberikan kepada anak kecil. Elakkan menambah gula. Sebagai alternatif, boleh juga memberi air barli.

Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak.

4. BUAH-BUAHAN & JUS
Selain air kelapa, anda boleh memberi minum jus buah-buahan lain seperti oren atau epal yang kaya dengan khasiat vitamin C.

Kalau disejukkan, lagi bagus. Lebih mudah mereka minum. Elakkan menambah gula pada jus tersebut.

5. MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut.

Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser.

6. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun asli boleh digunakan seperti minyak kelapa dara.

Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.


7. SUP AYAM
Sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat.

Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.

No comments:

Post a Comment