Durian
belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola,
Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona
muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan
sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok
Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean
Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan
Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda
zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane
bawah.
Buahnya boleh dimakan dan
mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering
juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
KHASIAT
DAUN DURIAN BELANDA PADA KESIHATAN
Durian Belanda juga dikenali
sebagai Sirsak.
Durian belanda
merupakan buah yang banyak tumbuh di daerah tropika. ia merupakan tumbuhan yang
memiliki banyak manfaat bagi manusia.
-Buahnya mampu
mencegah dan mengubati penyakit ulcer mulut.
-Kayunya dapat
dimanfaatkan sebagai kayu bakar atau bahan kraf tangan.
-Manakala daunnya
dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Antaranya:-
RAWATAN UNTUK KANSER
Khasiat daun sirsak
yang paling utama adalah mencegah dan mengubati kanser. Berdasarkan kajian,
daun sirsak mengandungi zat proaktif yang mampu membunuh sel kanker. Zat
proaktif didalam daun sirsak juga mampu membezakan sel kanser dan sel sihat.
kerana itulah daun sirsak memiliki kelebihan berbanding rawatan kemoterapi.
MERAWAT PENYAKIT BUASIR
Buasir merupakan
penyakit pembengkakan pada anus. Pada kondisi yang bahaya, buasir menyebabkan
anus sang penderita terasa sangat pedih dan mengeluarkan darah. Uniknya,
penyakit separah ini dapat diubati oleh daun sirsak. Daun sirsak
mengandung zat yang mampu menghentikan pendarahan pada anus dan juga mampu
membuat otot sekitar anus menjadi lebih rileks sehingga pembengkakan sedikit
demi sedikit berkurangan.
MERAWAT GOUT
Gout merupakan
penyakit yang menyerang seseorang akibat penderita mengambil makanan yang
mengandungi purin dalam jumlah yang berlebihan. Cara memanfaatkannya adalah
dengan membuat rebusan air daun sirsak kemudian meminumnya semasa suam.
MERENDAHKAN KOLESTROL
daun sirsak mampu menurunkan
kadar kolesterol jahat dalam darah. Daun sirsak mengandung zat yang mampu
menyingkirkan kolesterol jahat dari tubuh anda. Biasanya, kolesterol jahat ini
muncul akibat anda kurang selektif dalam memilih makanan. Contoh makanan yang
kaya akan kolesterol jahat adalah makanan bergoreng. Apalagi jika minyak goreng
digunakan berkali-kali hingga warnanya menjadi hitam.
MERAWAT JERAWAT
Terakhir, khasiat
dari daun buah sirsak ini adalah merawat dan mencegah jerawat. Caranya adalah,
tumbuk daun sirsak sehingga lumat, lalu ratakan keseluruh muka. Tunggu hingga
kandungan meresap kemudian bilas menggunakan air suam. Ramuan ini banyak
digunakan oleh orang zaman dahulu dalam menjaga kecantikannya.
Demikianlah
sedikit info dari daun sirsak. Semoga dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment