Sunday, April 15, 2018

PETUA SEMBUHKAN SAKIT MATA MERAH DAN BERJANGKIT

Penyakit mata sangat beragam dan tidak semuanya dapat menular. Jika penyakit mata disebabkan virus atau bakteri maka boleh menular, sedangkan jika penyebabnya alergi tidak akan menular. Cara penanganan dan pencegahan macam-macam penyakit mata ini pun berbeda, tergantung penyebabnya. Berikut ini beragam penyakit mata yang perlu Anda ketahui : agar tidak terjadi glaukoma karena kepekaan syaraf pada otot konjungtiva pada mata

Miopi yakni seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak jauh. Biasanya terjadi pada pelajar.dapat dibantu dengan kacamata berlensa cekung. Hipermetropi Hipermetropi yaitu seseroang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak dekat dari mata. Dapat dibantu dengan kacamata berlensa cembung.

PETUA SEMBUHKAN SAKIT MATA MERAH DAN BERJANGKIT

Ada macam-macam cara atau petua yang kita pernah dengar untuk atasi masalah sakit mata. Bila mata dah merah, sakit, gatal, bengkak, berair dan bimbang jangkitan kuman, ianya memang merimaskan dan menjadikan kita tidak selesa. Tapi sabarlah ya kawan-kawan, sakit merupakan salah satu cara untuk menggugurkan dosa-dosa kecil kita. Masa ini la kita akan lebih menghargai waktu sihat kita.

Jika mengalami masalah sakit mata dari faktor jangkitan seperti conjuntivitis, sebaiknya anda boleh terus dapatkan nasihat daripada doktor. Namun, ada juga petua tradisional untuk menghilangkan sakit mata ini. Antaranya :

PETUA 1
Bagi ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba titiskan beberapa titis sus ibu ke dalam mata orang yang sakit mata. Selawat dan titiskan 3 kali sehari.

PETUA 2
Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.

PETUA 3
Titikkan air zam zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.

PETUA 4
Atasi dengan menggunakan madu lebah. Cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titIskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

PETUA 5
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.

PETUA 6
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika.

Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.

1 comment: