Sunday, March 31, 2019

Yang Perlu Kita Tahu Tentang Kegunaan Kapas


🔻 Dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku.

🔻 Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden.

🔻 Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.

🔻 Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.

🔻 Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagaimana minyak sayuran lain.

🔻 Biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

No comments:

Post a Comment