Monday, April 29, 2019

PETUA HALAU TIKUS


Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah menggelikan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa maut.

1. DAUN PANDAN

Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

2. DAUN SEMAMBU

Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

3. DAUN DURIAN BELANDA

Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. JERING

Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.

5. SERBUK LADA HITAM

Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

6. BUAH PONG-PONG
Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia. Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. BUAH MENGKUDU

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. MINYAK PUDINA

Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.

9. KAPUR BARUS
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. CAT BADAN TIKUS

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. KULIT DURIAN

Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. BELA KUCING

Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.

13. BUAH KEPOMPONG

Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. PERANGKAP TIKUS

Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. TUTUP SEMUA LALUAN MASUK TIKUS

Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. GUNA SERAI WANGI
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

No comments:

Post a Comment