Faktor pemakanan yang tidak sihat menyebabkan Terlalu ramai wanita yang mengalami masalah dalaman berbau ,kurang menyenangkan dan sebagainya .
Wanita diciptakan sangat istimewa. Bagi Mereka mahukan dalaman yang mantap ,harum,dan sihat wajib cuba ya resepi ini.
BAHAN BAHAN
3 batang serai diketuk
3 cm halia tua/muda diketuk
2 cm kunyit diketuk
sedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
sehelai daun pandan
sedikit gula batu - boleh digantikan dengan madu jika suka.
CARA CARA
Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas. Gunakan api yang perlahan. Tunggu suam dan sedia untuk diminum.
Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
Ibu menyusu boleh minum. Tidak memudaratkan.
No comments:
Post a Comment