Pernah tak korang rasa asyik mahu terkencing ataupun rasa pedih masa buang air kecil?Inikan mungkin sebab ada jangkitan pada saluran kencing. Ini jugak dikenali sebagai ‘kencing kotor’.
Biasanya, perempuan lebih mudah dapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki sebab salur kencing (uretra) yang pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus).Hubungan seksual jugak adalah salah satu puncanya. Sebab bakteria dari vagina boleh masuk ke saluran kencing. Selain itu, jangkitan kencing ni lebih mudah dialami bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dan batu karang.
TANDA-TANDA MASALAH KENCING KOTOR :
1. Pedih semasa kencing
2. Kerap kencing
3. Tidak dapat kawal kencing.
4. Kerap kencing malam
5. Sakit bahagian ari-ari
6. Kencing keruh / berbau / berdarah
7. Radang buah pinggang akut
8. Demam,sejuk dan menggigil
9. Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
10. Loya dan muntah
11. Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing
12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.
Tapii, ada jugak kes yang tak de tanda fizikal tau.
Walaupun kencing kotor ni biasanya, boleh kita atasi dengan antibiotik ataupun rawatan di rumah je, tapi ia boleh jadi lagi teruk kalau tak ambil tindakan segera.
CARA MENCEGAH KENCING KOTOR
1. BANYAK MINUM AIR
Minum air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas air sehari, hingga air kencing jadi jernih.
2. JANGAN TAHAN KENCING
Terus buang air kecil bila terasa nak kencing. Bertangguh buang air ni, akan galakkan pembiakan bakteria dalam pundi kencing.
3. JAGA KEBERSIHAN ALAT SULIT
Lepas buang air kecil, biasakan cuci dan lap dari depan ke belakang, untuk kurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke saluran kencing.
Jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas mencuci alat sulit.
4. BUANG AIR KECIL SEBELUM DAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS
Untuk elakkan jangkitan, dinasihatkan untuk buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
5. TUKAR TUALA WANITA DENGAN KERAP
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap. Gunakan ‘panty liner’ jika ada keputihan supaya kebersihan lebih terjaga.
6. KURANGKAN KAFEIN
Kurangkan makan makanan yang manis atau minum air yang mengandungi kafein.
7. AMBIL VITAMIN C
Ambil vitamin C yang mencukupi untuk bantu lawan jangkitan kuman, terutama bagi orang yang mudah terkena jangkitan.
*** BAGI PEREMPUAN YANG PREGNANT - Dorang ni pun mudah mendapat jangkitan kuman. Ini disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bila pregnant tahap kandungan hormon tinggi. Dan ini yang jadi punca otot dan pundi kencing lemah, dan buatkan aliran air kencing jadi perlahan.
Pada masa yang sama, rahim yang membesar jugak beri tekanan dari luar kepada saluran kencing, menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Bila ini berlaku, kuman yang ada di pundi kencing membiak. Tambahan pulak, air kencing orang yang pregnant ni lebih berasid dan lebih gula. Jadinya ia pun penyumbang kepada masalah kencing kotor.
Oleh itu bagi orang yang pregnant ni digalakkan GUNA PAKAIAN YANG LONGGAR dan pakai pakaian dalam daripada kapas. Elakkan pakaian dalam yang ketat.
Apapun cara yang terbaik untuk pengesahan, BUATLAH PEMERIKSAAN LANJUT di makmal.
Kita boleh detect samada ada kaitan dengan sakit buah pinggang atau pun tak.
Kalau yang pregnant tu pulak, boleh check sekali samada kencing kotor dan ubat-ubatan tu tak menjejaskan kandungan melainkan sekiranya disahkan sakit buah pinggang.
PETUA-PETUA YANG DIAMALKAN NENEK MOYANG KITA DULU UNTUK ATASI MASALAH 'KENCING KOTOR @ KENCING TAK LAWAS
1. Jus Kencing Tak Lawas.
Namanya tak berapa glamour, kan? Di namakan sebagai Jus Kencing Tak Lawas sebab dah terbukti dapat hilangkan masalah kencing tak lawas. Ini pun dari pengalaman kawan Cik No sendiri.
Bahan-bahan yang diguna pun mudah sangat, murah pulak tu.
Tak membebankan pun.
BAHAN BAHAN
1 biji epal hijau.
1 inci timun.
1 inci lobak putih.
1 inci seleri.
1 gelas air masak.
Buang kulit semua bahan diatas, kisar hingga halus.Minum sekali sehari. Tak perlu tapis, minum sekali serat.Kalau nak rasa manis, tambah sikit madu.
2. Jus nenas muda.
Ambil sebiji nenas muda, buang kulit dan cuci bersih.Potong nipis, masukkan ke dalam pengisar bersama air. Kisar hingga halus. Boleh tambah sikit gula batu kalau nak rasa manis.
Minum satu gelas diwaktu pagi & satu gelas diwaktu malam sebelum tidur. Insya Allah kencing tak lawas akan hilang.
3. Sup lobak putih.
Tumis bawang merah & bawang putih hingga garing.Masukkan lobak putih yang dipotong kecil, ikan bilis & air. Garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Kalau nak lagi sedap, taburkan serbuk lada hitam ke dalam sup lepas api ditutup. Sedap dimakan nasi panas, dan berkesan untuk masalah kencing tak lawas.
4. Air barli suam.
Air barli ni bukan aja sedap tau, tapi boleh jugak bantu masalah kencing tak lawas.
Caranya :
Cuci bersih, rebus hingga lembut. Minum tiap hari hingga masalah kencing tak lawas tiada lagi. Tak perlu lah nak merebus barli tiap hari. Buat air rebusan dalam kuantiti yang banyak, dan simpan dalam peti sejuk.
Bila nak minum, panaskan sikit untuk. Air barli ni bagus jugak tuk sejuk & segarkan badan.
5. Air basuhan beras yang terakhir.
Ni mesti ramai yang tak tahu, kan? Biasanya air basuhan beras yang terakhir orang simpan untuk cuci muka. Tapi sebenarnya, ia jugak boleh hilangkan masalah kencing tak lawas.
6. Yogurt
Kandungan probiotik dalam yogurt dapat membunuh bakteria jahat dalam pundi kencing. Seeloknya pilih Greek Yogurt atau yogurt asli. Kalau Greek Yogurt atau yogurt asli tak sesuai dengan selera korang, boleh pilih low fat atau less sugar yogurt.
7. Minum air kosong.
Bila kita minum banyak air kosong, ia bantu flush pundi kencing. Secara logiknya, lagi banyak kita minum air kosong, lagi cepat pundi kencing penuh, jadi lebih kerap lah membuang air kecil. Proses kerap buang air ni lah yang bantu kita buang bakteria jahat di pundi kencing.
No comments:
Post a Comment