Betul ke ulam raja ni mampu memberikan kita pelbagai kebaikan? Masyarakat kampung dulu telah lama membuktikan kepada kita akan hal ini.
Salah satu daripada ulam-ulaman tersebut, termasuklah ulam raja. Disebabkan oleh amalan ini, kita dapat melihat adalah sangat kecil bilangan masyarakat kampung dulu yang mudah jatuh sakit.
1. MENAIKAN SELERA MAKAN
Menurut kajian, ulam raja dikenal pasti dapat membantu menaikkan selera makan seseorang itu. Caranya adalah dengan mendapatkan 100 gram daun ulam raja yang masih segar. Kemudian, bersihkan daun tersebut dengan air dan seterusnya dimakan secara mentah ataupun ketika anda makan nasi.
2. MENGATASI MASALAH JANTUNG
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan moden, individu yang mengalami masalah jantung turut dapat mengamalkan ulam raja bagi menanggani masalah mereka. Caranya adalah seperti dibersihkan dan dimakan secara mentah ataupun dapat direbus dengan sukatan tiga gelas air dan direbus sehingga tinggal dua gelas air. Setelah itu, minum air rebusan tersebut.
3. UNTUK MENGHALAU SERANGGA
Mungkin ada yang terkejut, aik untuk serangga?? Yup betul, selain baik untuk kesihatan kita, ulam raja juga mampu membantu kita menghalau serangga. Caranya adalah seperti, ambil daun ulam raja dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian, letakkan di tempat-tempat yang dialui oleh serangga.
4. MENCEGAH PENUAAN (Awet Muda)
Mesti ramai kan berminat dengan khasiat yang ini? Tak dinafikan, setiap manusia menginginkan wajah yang sihat serta muda. Lebih-lebih lagi wanita. Oleh itu, seringkan amal memakan ulam raja ni ye.
5. MENGHILANGKAN BAU MULUT
Dengan memakan ulam raja secara rutin, kita secara tak langsung sebenarnya mampu menghilangkan masalah mulut berbau. Selain itu, disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam ulam raja, kita juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
No comments:
Post a Comment