Monday, April 29, 2019

PETUA MENGHALAU SERANGGA DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Semburan semburan taman DIY yang mudah dibuat dan digunakan, dan benar-benar berfungsi!

BAHAN BAHAN
1-2 Labu Bawang Putih, dibersihkan kulitnya.
2-3 Tangkai Daun pudina (Berserta batang).
4-2 Sudu kecil. Lada cayenne kering (boleh juga mengunakan cili padi- pastikan cili itu benar-benar pedas)
4-12 Cawan. Air
5-2 sudu kecil cecair pencuci pinggan mangkuk (biodegradable- anti kuman dan fungus)
6-Minyak neem.

CARA CARA
1-Masukkan bawang putih dan pudina kedalam mesin pengisar, dan kisar selama beberapa saat.

2- Campurkan campuran kisar tadi ke dalam periuk besar dan tambah cayenne( atau cili padi- yang betul- betul pedas) dan 12 cawan Air.

3-Biarkan mendidih, dan sejukkan.

3-Tapis mengunakan penapis kain dan simpan kedalam botol semburan dan tambahkan dua sudu sabun pembasuh pinggan dan 2 sudu minyak neem.

PENGGUNAAN
1- Goncang terlebih dahulu sebelum setiap penggunaan.

2- Sembur pada daun-daun celah-celah daun yang mungkin akan diserang serangga perosak.

3- Semburan boleh dilakukan pada lewat petang agar tanaman tidak terkesan dengan bahang cili yang kita gunakan.

4- Tunggu beberapa hari untuk melihat hasilnya.

5- Lakukan proses spray seminggu sekali atau 2 jam selepas hujan bagi mencegah serangga perosak.

No comments:

Post a Comment