Monday, April 29, 2019

KEBAIKAN BIJI SELASIH UNTUK KESIHATAN


1. Jangkitan Kulit
Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ditempat yang bermasalah.

2. Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.

3. Penghadaman
Selalu menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!

4. Sebagai ‘Ubat Penenang’
Anda dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit atau panadol, gantikan dengan minuman biji selasih. Percayalah, ia mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.

5.  Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi didalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.

6. Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih didalam minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.

7. Meningkatkan sistem imutasi.
Selasih juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.

8. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung
Biji selasi membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, berak tidak teratur serta  sembelit.

9. Biji selasih mampu sembuhkan batuk
Biji selasih memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya yaitu, secangkir teh yang dicampur dengan biji selasih. Biji selasih lengkap dengan nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. Khasiat pun tak jauh beza dengan chia seed.

2 comments: