Monday, April 29, 2019

CARA ATASI TEKANAN DARAH RENDAH

Kalau darah tinggi ni, kita tau ianya antara penyakit yang sangat membimbangkan, sebab boleh tingkatkan risiko sakit jantung, kencing manis dan buah pinggang.

Tapi, korang pernah dengar tak, pasal penyakit tekanan darah rendah? Camner pulak rupe simptom tekanan darah rendah ni, atau istilah medic nya hypotension? Bahaya ke idak? Ade ke macam darah tinggi tu?
Okey,  tekanan darah rendah ni biasanya jadi bila aliran darah tak sampai ke otak dan tak sampai ke organ penting dalam badan.

SIMPTOM TEKANAN DARAH RENDAH
Pitam / pening yang kerap
Tidak stabil
Pengsan
Penglihatan jadi kabur
Jantung berdegup laju
Mudah terkeliru
Rasa mual
Darah jadi rendah

* Rasa mual, pening, loya, dan pitam ni lah tanda-tanda tekanan darah rendah!

BILA TERJADI SIMPTOM DI ATAS, JANGAN PANIK!
Hentikan apa saja aktiviti yang kita sedang buat.
Duduk ataupun baring dan kemudian minum air.

Rehatkan diri sampai keadaan jadi normal semula. Kalau tak berubah jugak, masih sama je, cepat-cepat pegi klinik atau hospital yang berdekatan.

CARA ATASI TEKANAN DARAH RENDAH :

1. BANGUN PERLAHAN-LAHAN
Terutama sekali bila bangun dari tidur setiap pagi, buat senaman ringan dulu. Stretching sekejap untuk bagi aliran darah berjalan dengan sempurna. Kemudian, baru bangun perlahan-lahan dan bergerak aktif.

2. ELAK BERDIRI TERLALU LAMA
Untuk elakkan cramp yang berpunca dari aliran darah yang tak sekata dalam badan.

Berehatlah sekejap bila badan mula rasa tak selesa.Gerakkan jari jemari kaki dan tangan supaya aliran darah jadi lancar. Gerakkan jari kaki dengan kerap, bila perlu berdiri lama.

3. PAKAI STOKIN ‘COMPRESSION’
Sesuai dengan namanya, stokin elastik ini bagi tekanan pada kaki dan perut, sekali gus dapat lancarkan aliran darah dan menaikkan tekanan darah.

4. ELAK MINUM KOPI PADA WAKTU MALAM
Minum kopi pada waktu malam boleh sebabkan dehidrasi. Ini jugak jadi salah satu penyebab kepada tekanan darah rendah.

5. MAKAN SIKIT TAPI KERAP
Ini untuk elakkan postprandial hypotension, iaitu tekanan rendah yang biasanya jadi lepas makan. Elakkan berjalan lepas makan. Selain itu, banyakkan makan sayuran dan buah-buahan. Dan elakkan makanan berminyak. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

** TAK SEPERTI DARAH TINGGI,
…tekanan darah rendah ni hanya perlu dirawat bila kerap terjadinya simptom- simptom di atas.

Tapi ini bukan lah maknanya kita pandang ringan. Kita kena lah amalkan gaya hidup sihat. Rehat yang cukup dan jaga pemakanan, supaya dapat elakkan daripada mendapatkan rawatan.


No comments:

Post a Comment