Lemah tenaga batin
atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat
kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai
kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau
"impotens'"' dalam istilah perubatan.
Keadaan ini berpunca
dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari. darah tinggi
dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah
tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi
fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah
memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang,
kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan
tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi;
dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat
kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan
oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan
darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara
berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor
berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang
mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil
Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan
menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
PETUA DAN CARA TRADISIONAL UNTUK PULIHKAN LEMAH TENAGA BATIN
1. Bawang Merah – Kupas bawang merah dan basuh bersih.
Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.
2. Pinang – Biji pinang yang telah masak (kulit
berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan
pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu 3 jam sebelum ingin
melakukan persetubuhan dengan isteri anda.
3. Durian – Perah buah durian hingga mengeluarkan air
dan amalkan meminumnya.
4. Bachang – Ambil daun muda atau pucuk bachang dan
direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan
dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih
panas.
5. Beras – Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan
terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil
dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya 3 kali sehari.
6. Buah Kantan – Ambil buah kantan dan rebus hingga
mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.
7. Balung Ayam Ungu – Ambil biji balung ayam ungu dan
campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.
8. Som Jawa – Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan
masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa
minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.
9. Jerangau – Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas
air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika
ia masih panas.
10. Tongkat Ali – Akar tongkat ali direbus dengan tiga
gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan
minum apabila telah sejuk. Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian, rebus dengan
3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal
hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara
teratur.
11. Nampu – Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut.
Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus
untuk 20 minit untuk dimakan.
12. Lalang – Ambil akar lalang, batang beluru dan
rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh
sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga
airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.
13. Senduduk Putih – Basuh bunga senduduk putih
sebersih-bersihnya dan makan mentah sebagai ulam.
14. Seroja Air Putih – Ambil 7gm akar kering Seroja
air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2
gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali
minum.
15. Belimbing Bukit – Ubi belimbing bukit dikeringkan
dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh.
Tapis dan minum apabila telah sejuk.
No comments:
Post a Comment