Sungguhpun tidak dibuktikan
secara saintifik, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat
melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan
susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk
dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Selain itu juga,
jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus
jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu biarkan air
rebusan sejuk. Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang
selama empat minggu
KHASIAT JINTAN MANIS
1. CUCI USUS
Jintan manis sejenis
herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan
usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan
dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang
bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit. Proses pembuangan jadi lebih
mudah dan sistem metabolisma badan akan lebih teratur. Paling best dapat
langsingkan badan.Wow!
2. Mengatasi masalah
kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Selain itu ia dapat
merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan
gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia
membuatkan perut menjadi lebih kempis, dah takde perut buncit.
3. Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn
vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan
penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan.
Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
4. Rawat bengkak sendi,
sakit badan dan lenguh otot
Jintan manis
mengandungi ‘anethole’ di mana membantu merawat masalah bengkak atau radang
pada sendi, tulang dan otot. Anethole juga dapat mengurangkan risiko
keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan
‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.
5. Diuretik
Jintan manis bersifat
diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan sekaligus
merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut.
6. Menambah kuantiti dan
kualiti susu ibu
Jintan manis
merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada
tubuh sepertimana tugas estorgen.
7. Merawat gejala pra-haid,
pra-menopos dan rendah libido
Jintan manis dapat
mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan
simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara
semulajadi dan berkesan.
8. Kawal selera makan
Jintan manis dapat
menyekat selera makan korang. Mana yang rasa suka mengunyah boleh la cuba
amalkan makan jintan manis untuks sekat selera makan korang.
No comments:
Post a Comment