Tuesday, March 13, 2018

KHASIAT ULAM RAJA


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas

KHASIAT ULAM RAJA

Ulam raja bukan sekadar enak dimakan tetapi tumbuhan herba ini juga kaya dengan pelbagai khasiat. Antara khasiat utama ulam raja ini adalah :

1. Membebaskan toksid dalam badan dan menguatkan tulang
Selalu lemah-lemah badan dan terasa tulang kurang kuat, maka selalulah makan ulam raja kerana ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

2. Meremajakan kulit (awet muda)
Pasti ramai yang mahu kelihatan sentiasa muda remaja (awet muda) oleh itu dengan memakan ulam raja ini ia mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila oksigen bertambah maka peredaran darah akan menjadi semakin lancar dan secara tidak langsung memberi keanjalan kepada kulit. Ulam Raja juga mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Selain itu ianya juga kaya dengan laksium dan vitamin.

3. Merencat bakteria merbahaya
Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli yang amat membahaya kepada kesihatan tubuh badan.



No comments:

Post a Comment